Saturday, September 13, 2008

Nota usrah online episode 2

Kalimatul usrah shj yg sempat dikutip

Bertaqwalah!

[7]
Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
[8]
Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
[9]
Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri
itu?
[10]
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah
mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului
(mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
[11]
Mereka
itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
[12]
(Tinggal
menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
[13]
(Di antaranya)
sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
[14]
Dan
sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
Ayat 7-14
(al-waqiah)


Dimanakah kedudukan kita berbanding?
Uthman bin Affan sanggup sedekah hartanya untuk beli lading utk kasi orang muslim!
Abu bakar Al sidiq menahan gigitan ular untuk melindung Rasulullah.

Golongan kanan… untuk menetapkan diri kat sini, memang banyak saingan! Tengok sahaja al hafiz, syuhada, dermawan, ulama’ untuk da’wah…so? Berat deh!!Jika dibandingkan dengan rahmat Tuhan, kita ni macam takde ape2… Sesungguhnya Allah mciptakan kehidupan dan kematian untuk diuji…Jadi kita semua kena chayo’untuk mningkatkan keimanan..

“tidak beriman seseorang sehingga dia mencintakan saudaranya seperti mencintakan dirinya sendiri” hadis

Recap: 3 sahabat yang haus bile jumpa air. Itulah indahnya nilai ukhwah!

Kena ingat jasa orang lain, keburukan diri sendiri.
Kena lupa jasa diri sendiri tapi lupa keburukan orang lain.

Bersangka baik diantara satu sama lain itu tak mudah. Untuk bangun malam, khatam alquran bukan sesuatu yang mudah.. TAPI itulah PERJUANGAN..

Dah 15hb Ramadhan, marilah bermujahadah.

Kemiskinan azam dan tekad adalah kemiskinan yang paling hina. Dari kemiskinan harta. (BUZNAMA: ustaz Rahman). So kena ada azam yang kuat! Chayo’!~

Perbezaan manusia yang berakal dan anjing yang tak berakal tu beza weh..anjing tak tau ape itu cincin berlian berkilau-kilau. So, u get the idea kan?

Da’wah itu bagaikan gerabak keretapi yang terus berjalan. Beruntung orang yang turut bersama2…. Jangan ketingalan deh! Jadilah perjuang yang menikmati perjuangan bukanlah hasil perjuangan… Hasil perjuangan tu mungkin tak sempat sampai tapi rasa perjuangan itu laa best…so sabarlah deh! Ingatlah sesiapapun diri kita ni, yang paling penting siapa kita di sisi Allah swt.

“sesungguhnya Allah tidak melihat pakaian kamu, tetapi pada hati kamu. Yakinlah kemenangn itu berpihak pada Islam.

Muhd Nasir (Mujahid Da’wah: Indonesia) :tidak pernah takut pada masa hadapan kerana masa hadapan itu adalah Islam

Kisah teladan
Monyet.yang sedang bergayut2 kat dahan. Jadi setiap angin(Taufan, Tornado dan sempoi-sempot bahasa) mula berlagak siapa yang boleh turunkan monyet paling cepat.

Taufan tiup.. monyet tak jatuh
Tornada tiup..pun monyet tak jatuh…
Sempoi-sempoi bahasa …tiup lembut je.. monyet pun tertidur lalu terjatuh

Moral of the story: kita akan diuji dengan berbagai ujian Lagi kuat ujian, kadang2 lagi kuat dengan Allah swt. Ada orang lain diuji dengan kesenangan, ada orang makin jauh dari Allah swt… Jadi jangan jadi seperti monyet. jangan tergoda deh! Jadilah manusia yang macho yang boleh tahan dengan apa2 ujian. So, bile diberi nikmat atau ujian, mestilah macho..macam lagu “ingatlah Allah”.

So macane pun kondisi kita, kita mesti terus istiqomah.

No comments: