Tuesday, October 28, 2008

Tuhan beri aku cinta

Was surfing the net, then found this..





Dan sesungguhNya cinta yg sejati hanyalah cintaNya

Ya Allah,
Golongkanlah aku di kalangan pencintaMu dan hamba-hambaMu yang Kau cintai

Amin ya Rabbal alamin..

Monday, October 13, 2008

Salam Kerinduan dari Bumi Tulip



Assalamualaikum wrt wbkth

Alhamdulillah, berkat rahmat dan izinNya, usrah kita telahpun mempunyai blog sendiri..Tahniah!

Marilah sama-sama kita mengisi dan memanfaatkan blog ini dengan sebaik mungkin
dengan seikhlas mungkin

Moga Allah melihat amal-amal kita

Moga malaikat di bahu kanan kita terus setia mencatat
setiap patah perkataan yang tertulis
setiap noktah yang tertancap
setiap titisan peluh yang menitis
setiap butiran idea yang tercipta

Ya Allah..terimalah amal-amal kami yang sedikit ini..

Di saat bunga-bunga ukhuwwah sedang berkembang mekar,
Marilah sama-sama
kita hiasi ia dengan percikan mawaddah dan rahmah
kita ikatkan ia dengan untaian tazkirah yang menyentuh jiwa
kita kalungkan ia dengan amal-amal da'wah

Moga bunga-bunga yang sedang mekar ini,
akan terus subur berkembang menjadi sebuah taman yang indah
seindah taman syurga firdausi
yang dialiri sungai-sungai jernih
yang terdiri dari madu, arak dan susu
yang menjadi idaman setiap diri
yang dijanjikan Allah buat setiap insan yang berbakti

Ya Allah..saksikanlah..
Bahawa hamba-hambaMu ini..
Telah cuba untuk memikul beban dakwahMu
Bersatu di atas jalan Mu

Maka ikatkanlah hati-hati ini ya Allah..dengan ikatan aqidah yang utuh
Hidupkanlah hati-hati ini dengan cahaya iman dan ma'rifat kepadaMu
Matikanlah pemilik hati-hati ini dalam keadaan syahid di atas jalanMu

Amin..ya Rabbal 'alamin

Luv,
ky
Delft, Netherland
13 Oktober 2008

Thursday, October 9, 2008

Nota usrah online episode 4


Usrah #4
24th September 2008
10pm di bilik Nurul + azizi. Dan Holland pukul 4ptg.
Kedatangan: ky, nurul, anis, asiah, rosma, zakiah


1. Tilawah Qur'an & tadabbur: dari surah al-Nisa':ayat 7-14

[7]
Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).

[8]
Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka), dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya, dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.

[9]
Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).

[10]
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.

[11]
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

12]
Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.

[13]
Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.

[14]
Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.


Kali ni pasal banyak hukum. Pendapat kami:
Anis: Ayat 9- Allah dah bagi peringatan jangan aniya anak2 yatim. Walaubagaimana pun, jangan sampai susukan monyet di hutan, tinggalkan anak2 di rumah takde dapat makanan…
Rosma: Ayat 10- kalau kita makan harta anak yatim ni, pecah amanah. Macam makan api neraka. Secara tak sedar ada segelintir kita ada buat contohnya kenduri arwah, indirectly makan harta anak yatim.
Asiah: ayat 11-12. Betapa sebenarnya begitu detail supaya manusia faham. Sebab Allah jadikan adil sebab lelaki ni ketua keluarga sedangkan perempuan itu miliknya sendiri. Jadi jangan persoalkan keadilan kerana ada hikmahnya.
Kiah: ayat 13 – dari ayat 11 dan 12 tu mnerangkan tentang waksiat…siapa yang taat tu, dapatlah syurga walaupun nmpk mcm tak adil walaupun sebenarnya itulah yang paling adil!
Nurul: Ayat 14 - Jangan langgar kerana Allah ada sebabnya.

Agenda Tazkirah – Nurul
Menjadi insan rabbani
“ saya ingin masuk syurga. Ingin mujahajad. Jauhi hawa dan syaitan. Saya berhasrat iman saya sentiasa meningkat. Apa yang perlu kita buat?

Ini ada fitrah untuk mcapai iman.

“Iman itu bukan angan2 atau cita tapi terpacak kukuh dalam hati dan harus disemai dengan amal!”


Kepentingan untuk mencapai syurga dan rabbani.
1. Hendaklah berjaga malam. Demi solat tahajud. Qiam.
2. Hati yang membara seperti kayu api. Hadis: sesungguhnya iman itu diciptakan dalam jiwa seperti satu pakaian. Pohon iman selalu diperbaruhi dan meningkat.
a. Iman tu boleh lusuh, jadik perlukan hati itu mestilah diperbaruhi.
3. Maksiat – Jauhi! Saban hari kita tak sedar maksiat ni boleh mgelapkan hati kita cthnya mengumpat, tgk laghro, tgk orang hensem, mgusik kawan… Kita mesti elakkan dari awan maksiat tersbut deh!

manakah kedudukan kita ni? Apa yang kita sibukkan selama ini? Adakah kita sibuk berda’wah. Kalau dah cakap banyak tapi amal sikit..so sedar2 lah sendiri deh kat mana martabat tue.

Macamne nak jadi orang pencari syurga.
1. mhidup dan mbangkitkan iman dalam diri. Sebab tu ada pghubung diantara dunia dan akhirat. Banyakkan kerja taat dan solat. Buat laaa benda2 sunat.
2. Terima Allah secara kejujuran. Jadikan Allah adalah matlamat tertinggi dalam hidup kita.
3. Hendaklah kejar objektif: keredhaan Allah. Kalau nak buat sesuatu tu kena selalu berbalik kepada niat sebenar deh!
4. contohi untuk sahabat Rasulullah sebagai model. Contohi dam jadikan teladan. Jangan mudah terpedaya dengan cara2 halus orang quraisy. Sampaikan da’wah walaupun sikit.
5. merebut degupan jantung untuk menambahkan keimanan. Dari bborak kosong atau chat ym laghro, baik kita bertadabur, . pergilah wad dari tidur dalam bilik
6. Bersahabat dengan orang2 soleh. Persahabatan terbaik tu adalah pjarak dari kebatilan. Kita mestilah jadik
7. perbanyakkan amal2 soleh
8. qiamulai – kedua kaki Rasulullah bengkak2 sebab baginda jadi insan yang bersyukur walaupun memang maksum
9. berwirid, bertadabur, dan bertadarus. Jadi bila kita tau pasal kisah2 teladan tu boleh kita jadikan panduan dalam kehidupan kita ni.
10. myebar untuk berda’wah. Jangan anggap da’wah itu mbebankan itu.

Rabbani tu bersandaran kepada Rabb. Apa yang kita buat ini adalah untuk Allah semata2. Rebut detik masa untuk beramal. 24jam untuk beramal. Tapi kita ni selalu nak relax laaa. Kita kena banyak munasabah. Kena banyak perancangan yang teliti. Kena ada list dan revise.

Kesimpulan:
Iman disemai. Solat tu tiang agama dan dapat mcegah dari kemungkaran. Al quran adalah plembagaan. Orang yahudi pernah cakap yang dorang tu takut kalau orang muslim itu tak sekadar untuk mbaca, mmahami tapi mgamalkan..


Hadis 23: setiap kebaikan adalah sedekah. - Zakiah

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi
neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya
memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah
itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu
atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual
dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya


Ada 7 perkara yang ditekankan dalam hadis ini yakni, berwudhuk, zikir, solat, sedekah, bersabar, perhubungan dengan alquran dan 2jenis manusia.

  1. Hikmat kebijaksaan
    Rasulullah berda’wah secara short and sweet dan tidak mnurut hawa nafsu
  2. bersuci dan pahalanya
    a. Bersuci adalah syarat sahnya ibadat.
    b. Ianya separuh dari iman- kerana boleh menghapuskan kesalahan yang telah lalu.. dan juga iman membersihkan batin manusia dari kekotoran sedangkan bersuci membersihkan zahir manusia. Sebelum solat, kena amek wudhuk, maka bersuci itu adalah separuh dari solat. Wudhuk itu anak kunci syurga.
    c. Diantar sifat iman kerana ianya sesuatu yang tidak zahir. Disamping ianya mempinyai kepayahan dan perkara yang tidak disenangi.
    d. Bersuci itu amanah. Mandi wajib adalah amanah dan hadas ini tidak terangkat melainkan perbuatan dan niatnya. Dan ini adalah sesuatu yang tak dapat dilihat sebab niat adalah sesuatu yang tersembunyi
    e. Ianya kesucian hati- kebersihan lahiriah tidak akan bermakna sekiranya tidak disertai oleh kebersihan maknawi. Oleh kerana itu, bersihnya tubuh badan mesti disertai dengan kesucian hati, ketulusan niat, kesahihan matlamat dan kelurusan amalan oleh setiap individu mukmin. Al Ghazali menaksir bersuci itu dengan kebersihan hati dari sifat buruk dan penyakit hati kerana dengan tanpa penyakit hati, iman menjadi sempurna.
  3. Berzikir dan bersyukur kepada Allah
    a. Alhamdulillah memenuhi timbangan, subhanallah dan alhamdulillah memenuhi ruangan diantara langit dan bumi.
    b. Orang yang berzikir ini dapat memberatkan timbangan amalam kebaikan, golongan terseelamat dan dekat dengan Allah.
    c. Ketenangan hati : rujuk Ar-Rad:28
    d. Memperbanyakkan zikir supaya sentiasa mempunyai hubungan dan bergantung kepadaNya, menerima pertolongan dan kemenangan daripadaNya serta memohon keampunan.
  4. Solat itu cahaya
    a. Ini adalah kefardhuan yang ditetapkan dalam rukun Islam.
    b. Solat itu nur maknawi yang menyuluh jalan hidayah dan kebenaran. Ianya seperti menyuluh cahaya yang menyuluh jalan lurus lagi selamat.
    c. Akhlak, qudwah dan takwanya teristimewa daripada orang lain. Allah menjadikan wajahnya bercahaya sebagaimana hatinya bercahaya. Sesiapa yang memelihara solatnya, Allah akan memeliharanya.
    d. Berjemaah di masjid akan memperolehi nur di atas nur.
    e. Penyejuk mata dan penghilang kesusahan
  5. Sedekah itu keterangn (Al-burhan)
    a. Al- burhan: cahaya yang mengelilingi permukaan matahari- itu menunjukn bukti terang kebenarn Iman. Ketenanangn dirasai apabila bersedekah krn wujudnya kemanisan Iman.
    b. Ini kerana kebiasaan hati itu mcintai harta+ kedekut, tp rela krn Allah.
    c. Sedekah itu kesucian dan kebenaran dan membersihkn dari kekotorn maknawi terutama kedekut dan bakhil.
  6. Sabar itu Dhiyaa’ (Cahaya)
    a. Dhiyaa’: cahaya yg mengeluarkn bahang kpanasan dan boleh membakar sprt matahari. Kerana ia adalah membebankan terhadap diri. Ianya mujahadah terhadap jiwa dan menahan diri dari perkara yg diingininya
    b. Sabar adalah jln kemenangan- kerana memerlukn ketabahan dan kekuatn.
    c. Bersabar seperti Nabi ayub.
  7. Al Quran itu hujah
    a. Pyembuh bagi mukmin & pyakit bagi kafir dan munafiq.
  8. Tiada jual beli melainkn Allah
    a. Seseorang muslim itu mulia, tinggi harganya dan mahal. Kerana tidak mjual dirinya melainkan Allah.
    b. Dunia tak dapat menipu mereka.


Kalimatul usrah – ky
Munasabah pada diri kita sendiri. Berapa banyak infaq, tadarus… kita kena mgumpul sebanyak2 yang mungkin.

Rahsia menikmati perjalanan halaqah, mningkat produktivitas dan mghilangkan kejenuhan!

Jenuh = jemu. Kalau ada aktivis tu da’wah, boleh lihat pada kesungguhan. Contohnya: takde sambutan bile ada usrah.

Urgency usrah
1. utk mlaksankan perintah Allah. Dgn itu kita pun berusrah. Itu kena ada transfer infomasi dan pengalam, kalau tak..itulah usrah infetile.
2. utk ikut sunnah rasulullah. Ketika kat rumah Al-aqram, ada sahabat2 itu mempunyai halaqah masing2. utk buat usrah ni, bukanlah bidaah tapi itulah sunnaah. Kena contohi dan hidupkan aktiviti usrah
3. Medium yang penting untuk mbentuk kperibadian muslim yang sempurna. Lebih tertumpu utk berlumba2 utk kearah kebaikan. Jadi boleh tegur satu sama lain
4. Amal jamaie, amal insani…utk insan utk mbaikkan orang lain pulak. Berkerja dalam jemaah.
5. kepada international. Halaqah itu mesti terus menerus tanpa berhenti yek!

Jenis2 halaqah
1. halaqah muntijah :SUCCESS! sgt dinamik dan produktif.
Indication: Mcm bertambah2 adik2 usrah dan ada yang jadi murrobi pulak. Buat buku atau blog, bagi pendapat dalam usrah. Merindui saat2 usrah.

2. Halaqah mesra dan dekat: Dinamis tinggi tapi takde produktif.
Indication: ahli usrah ni asek sibuk buat utk diri sendiri. Tapi takde sumbangan untuk orang lain

3. halaqah jenuh : produktif tinggi tapi dinamis rendah.
Banyak aktiviti luar tapi takde utk diri sendiri dalam ahli usrah. Halaqah meeting program. Tarbiyah ruhhi tak rasa sebab duk buat keja aje

4. halaqah sedang: yang sedang2 sahaja. Sama aje
tak meningkat ape2 sedang2 sahaja.

5. halaqah rendah: dinamik dan produktif rendah
semua rendah aje. Kebanyakkan tak jalan aje deh.
Punca:

  • Mjadi terlalu rutin (monotonous). Perlu berhenti japppp…munasabah dulu weh
  • Terlalu sibuk utk da’wah am. Umum untuk orang lama. Adakah kita nak dkenali utk redha manusia? Kita tak rasa special
  • Sibuk dengan urusan dunia. Tak kan dah jadi mayat baru nak p usrah? Apa priority kita?
  • Terpesona dengan jumlah.
    Cth: weh, tak kan usrah ada 2 aje? Atau tgk ramai giller ahli usrah!

    Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)!(abasa:3)
  • Merasakan halaqah ni takde masalah.
  • Kuranglah motivasi, Kena bagi semangat kat geng2 usrah2 yang lain deh
  • Terlalu conventional. -orthodoks sgt deh. Jadi orang flexible. Jangan rasa susah sangat.

    Kena ikhlaskan diri deh ..manusia yang baik yang selalu mbaiki dirinya sebab takde sape dalam dunia ni selalu benar deh.

    Rasa sempit dan terkongkong aje deh. Harus diingatkan kita ini yang memiliki usrah ni. Kita ada mpunyai hak utk maintain utk mjadi success halaqah. Mesti ada munasabah. Kena faham tentang manhaj usrah.

    Kita dapatlah tingkatkan amal kita. Mudah2 halaqah ni jadi muntijah,