Saturday, September 6, 2008

Nota usrah online episode 1

1. Tilawah Qur'an & tadabbur: dari surah al-Anbiya':ayat 1-12

[1]
Telah hampir datangnya kepada manusia hari
perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan
baginya.

[2]
Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang
diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga
mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya –

[3]
Dengan
keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya. Dan
orang-orang yang zalim itu, berbisik-bisik sesama sendiri dengan berkata:
"Bukankah (Muhammad) ini hanyalah seorang manusia biasa seperti kamu? Maka
patutkah kamu turut hadir mendengar sihir yang dibawanya itu sedang kamu nampak
dan mengetahui karutnya?"

[4]
(Bagi menjawab mereka, Nabi Muhammad)
berkata: "Tuhanku mengetahui tiap-tiap perkataan (yang dilahirkan atau
disembunyikan oleh makhluk-makhluk) di langit dan di bumi; dan Dia lah jua yang
Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".


[5]
(Mereka bukan sahaja
menyifatkan Al-Quran itu sihir) bahkan mereka menuduh dengan berkata: "Al-Quran
itu perkara karut yang dimimpikan oleh Muhammad, bahkan perkara yang
diada-adakan olehnya, bahkan Muhammad sendiri seorang penyair. (Kalaulah ia
sebenarnya seorang Rasul) maka hendaklah ia membawa kepada kita satu mukjizat
sebagaimana mukjizat-mukjizat yang dibawa oleh Rasul-rasul yang telah diutus
dahulu".

[6]
Tidak ada penduduk sesebuah negeri pun yang Kami
binasakan sebelum mereka, yang telah beriman kepada mukjizat yang diberi
kepadanya; maka benarkah mereka yang meminta mukjizat itu mahu beriman?

[7]
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad)
melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat);
maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.

[8]
Dan Kami tidak menjadikan Rasul-rasul itu bertubuh badan yang tidak makan
minum, dan mereka pula tidak akan kekal hidup selama-lamanya (di dunia).
Nota kaki:
a. Surah Anbiya’ yg dipilih kali ni untuk kira review balik. Lihat tafsir yang ayat pertama tu, kita tahu bahawa kiamat tu hampir dekat dan itu sesuatu yg pasti kompem akan datang..tapi kita still lalai dengan study, keja..isk isk isk.
b. dan Seprti ayat no3 &4, Nabi tu orang yang sama spesis dengan kita. Manusia biasa. Bukannya malaikat. Seharusnya sifat2 nabi itu diterapkan dalam jiwa sahsiah kita. Betul tak? Nabi bangun solat tahajud. Mengapa tidak kita?
3. Pasal mukjizat tersebut. Betul lah, dah bersepah2 mukzijat di sekeliling kita, tapi still kita masih ragu2. Zaman sebelum nabi muhammad s.a.w, ada kisah tentang Nabi Saleh dan juga unta ajaib tu sebagai mukjizat, tapi orang2 zaman tu last2 sekali ingkar pada tuhanNya. Untuk melihat video best yang berkaitan : http://www.youtube.com/watch?v=3fvE1kgP_R0 ada 3 episode ,pandai2 laa korang tekan okay!

2. Tazkirah:5-10 minit (Tazkiyyatun Nafs-Mukaddimah)
boleh rujuk: http://www.scribd.com/doc/935914/ Tazkiyyatun-Nafs-

Tazkiyyatun Nafs
Tazkiyatun Nafs merupakan hal yang penting yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, sudah sepatutnya kita teladani dan kita amalkan.
Definisi
Secara bahasa: Tazkiyyatun Nafsi berarti membersihkan / mensucikan, atau menumbuhkan / mengembangkan.
Secara istilah: Tazkiyatun Nafs bererti mensucikan hati dari sifat-sifat tercela dan mengisinya dengan sifat-sifat terpuji. Sebagai contohnya melalui ibadah dan berbagai amal baik manakala hasilnya adalah akhlak yang baik kepada ALLAH dan pada manusia, serta terpeliharanya anggota badan, senantiasa dalam batas-batas syari’at ALLAH SWT.

Kepentingan
1. Tazkiyyatun Nafsi termasuk hal terpenting yang dibawa oleh para Rasul as. Hal ini sebagaimana yang ALLAH ingatkan dalam firman-Nya berikut ini:
“Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Qur’an) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” (QS. Al-Baqarah [2] : 129).
Di dalam beberapa ayat juga dijelaskan, antara lain pada surah Al-Baqarah [2] ayat 151, surah Ali Imran [3] ayat 164, surat Al-Jumu’a [62] ayat 2, dan surat An-Nazi’at [79] ayat 17 hingga 19.
Tazkiyyatun Nafsi yang dibawa oleh para Rasul ini adalah melalui:
• Tadzkiir : Terhadap ayat-ayat ALLAH di setiap ufuk dan dalam diri manusia, terhadap perbuatan ALLAH atas ciptaan-NYA dan terhadap hukuman dan siksaan-NYA.
• Ta’liim : Mempelajari Kitab dan Sunnah.
• Tazkiyyah : Membersihkan hati dan memperbaiki tingkah-laku.
2. Tazkiyyatun Nafsi merupakan tujuan orang beriman.
Allah SWT berfirman:
“… di dalamnya ada orang-orang yang cinta untuk senantiasa membersihkan dirinya …” (QS. At-Taubah [9]: 108).
Di ayat lain Allah SWT juga berfirman:
“… dan sungguh akan kami selamatkan orang yang paling bertaqwa dari neraka, yaitu orang yang memberikan hartanya karena ingin mensucikan dirinya.” (QS. Al-Lail [92]: 17-18).
3. Tazkiyyatun Nafsi merupakan parameter kebahagiaan atau kebinasaan.
Allah SWT berfirman:
“…sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (QS. Asy-Syam [91]: 9-10).
4. Tazkiyyatun Nafsi untuk mengenal penyakit zaman dan cara mengobatinya.
Salah satu penyakit zaman saat ini adalah hilangnya khusyu’, cinta dunia dan takut mati (wahn). Penyelesaiannya adalah melalui tarbiyyah Islamiyyah. Dimana dalam tarbiyah tersebut diberikan tadzkiir, ta’liim dan tazkiyyah.

By rosma
Kalau kita faham dengan mendalam maksud ini memang ramai yang mengatakan susahnya nak mengamalkan pembersihan jiwa dan nak menyucikan hati kita dari sifat2 tercela, contoh sifat tercela hasad dengki, irihati, fikir negative, berburuk sangka, benci terhadap sesama manusia . Sebabnya hati kita ni senang sangat menerima perkara2 yang tak baik yang ada disekeliling kita. Sebagai contoh, sifat tercela berburuk sangka pada Allah,contohnya apasal kegagalan dalam exam.(maybe boleh renung renungkan)
Walaupun luaran kita berkata yang kita redha dgn keputusan exam yang allah tetapkan pada kita tapi hati kecil kita masih lagi mempertikaikan dan berburuk sangka dgn ketetapan allah.Begitu juga apabila kita bekerja sebagai seorang doctor, kita menyesali ketetapan yang Allah telah berikan pada kita. Maka lahirlah sikap tidak ikhlas dalam menjalankan tugas yang di amanahkan oleh Allah. Kenapa ya kita masih tak dapat terima hakikat itu? Antaranya sebab kita tidak menyucikan hati kita dari sifat2 tercela dan berburuk sangka pada allah. Kita tak cuba memasukkan sifat2 terpuji ke dalam diri kita seperti sentiasa beristiqamah berbaik sangka dgn allah dan menjauhkan diri dari sifat2 mazmumah.

Bagaimana ye nak lakukan pembersihan jiwa ni? Pada bulan ramadhan yang mulia ni eloklah kita mulakan dgn bertaubat kepada Allah dgn taubat yang sebenar-benarnya.. Dan cara yang seterusnya melaui 3 benda penting iaitu:

Tadzkiir: terhadap ayat2 allah terhadap perbuatan allah atas ciptaanNya dan terhadap hukuman dan siksaanNya.
Taalim: Mempelajari kitab dan sunnah.

Bila kita sebut pasal kitab dan sunnah, tiada siapa pun yang beriman dapat menafikan bahawa pengamalan agama ini hendaklah berteraskan apa yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda adalah tempat rujukan tanpa sebarang pertikaian mengenai hakikat Islam dan cara ibadah dalam Islam.
Seorang agamawan sama ada dia sarjana besar, atau memiliki puluhan Ph.D sekalipun, mufti atau siapa sahaja, jika huraiannya mengenai agama ini tidak selaras dengan dalil-dalil sunah Nabi maka ia tidak diterima. Maka kita dengan ini mestilah mempelajari sunnah nabiSAW dengan menyelidik samada sunnah nabi yang dikhabarkan kepada kita adalah sunnah nabi yang sahih dari hadis2 baginda. Maka ibadah kita akan lebih bererti dan telus dan insya allah diredhai oleh allah.

Tazkiyyah: Membersihkan hati dan pemperbaiki tingkahlaku
Seterusnya beristiqamahlah kita dalam membersihkan hati dan memperbaiki tingkahlaku kita ini . Caranya dgn banayk melakukan ibadah2 sunat , menghadiri majlis2 ilmu dan bergaul dgn orang2 alim yang dapat membawa kita kearah kebaikan. Sentiasa berdoa hati menjadi bersih. Hati yang bersih dan iman yang kental insya allah melahirkan seorang muslim yang sentiasa bersemangat, berfikiran positif dan tabah menghadapi ujian2 Allah.
Akhir kata maaf diatas kekurangan artikel ini,
Doakan supaya kita sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah dan semoga kita mendapat kejayaan bersama2 . Insyaallah.

3. Hadith:21 (5-10 minit) (Anis)
http://www.scribd.com/doc/491933/Hadis-40
HADIS 21


Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a.
beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu
ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda
bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau
beristiqamah. Hadis riwayat al-lmam Muslim.


Pokok Perbincangan Hadis :
1) Makna Istiqomah : - perbetulkan aqidah - beriltizan dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya.
2) (Qurtubi) betul I’tiqad, kata-kata dan perbuatan - beriltizam. (Fusshilat : 30).
3) Kelebihan Istiqomah :

  • diperluas/mudahkan rezeki di dunia (Fusshilat : 30-32) (al-Jin : 16).
  • diberi keamanan ketika mati, di kubur dan ketika dibangkitkan.
  • dihilangkan kesedihan berpisah dengan keluarga.

didatangkan khabar gembira (pengampunan dosa), (amal diterima) dan (syurga).

4) Istiqomah di atas Jalan yang Lurus :
- perintah Allah untuk nabi dan ummatnya supaya menepatu syara’ (Hud : 112).
- Istiqomah Hati : - sebagai Raja kepada Jasad, Istiqomahnya akan menentukan istiqomah yg lain.
- Istiqomah Lidah : - sebagai penterjemah kepada Hati/ juga punca kecelakaan kepada tuannya. - sebagai renungan (qoof : 18), (al-Isra’ : 36).

Pengajaran hadis:

- (1) Hadis menuntut agar seorang mukmin sentiasa mengambil berat soal lman, tauhid dan aqidahnya, selalu memperbaharui imannya kepada Allah, seterusnya beristiqamah menunaikan tuntutan lman yang didakwa itu.
- (2) lstiqamah bererti melalui suatu jalan yang lurus, jitu dan tepat.
- (3) lstiqamah dalam menunaikan tuntutan lman adalah suatu jihad. Ramai orang lslam yang hanya mengaku beriman namun gagal lstiqamah menunaikan tuntutan lman.
- (4) lman dan lslam mempunyai konsep pelaksanaan yang mudah tanpa berbelit-belit atau sukar difahami. Seseorang hanya dituntut beriman kemudian beristiqamah melaksanakan lslamnya tanpa berfalsafah. Amal dan lstiqamah menjadi sulit hanya apabila iman yang diukir hanya di bibir atau di hujung lidah semata-mata


Nota kaki:
1. jangan jadi musang!
2. Istiqomah itu lebih tinggi darjatnya dari karamah!
3. Jadi time puasa ni, start istiqomah even dari satu ramadhan..jangan tunggu 10 malam terakhir baru terhegeh2 nak solat tahajud. Kalau solat 2rakaat pun terawih okay laa tu.. kena istiqomah, okay~!
4. Jagalah mulut. Nanti kat akhirat tu nanti mulut terkunci, angota badan lain yang kena jawab soalan. Tak de istilah ”mulut dia aje jahat, tapi hatinya baik” sebab mulut tu mcerminkan hati!!
5. hati kena jaga dengan baik. Jangan dijangkiti dengan apa2 virus. (haha, kiah tak lawak!)
6. sebenarnya pjg lagi, tapi amek short notes aje deh... kalau rajin, bacalah buku hadis 40 tersebut okay!

4. Sirah Nabawiyah:( 5-10minit) (Nurul)
Sirah kali ini menceritakan tentang Perang Badar yang berlaku pada 17 ramadhan tahun kedua hijrah. Panjang bebenor deh.. in short, walaupun perang tu berlaku diantara 1000ahli tentera quraisy dan 313 tentera Islam, orang Islam tetap menang dengan pertolongan Allah swt.

Disini juga myatakan, berlakunya perang tu start sebab Nabi Muhammad sekat perjalanan pulang kaum quraisy dari Syam sebabnya kerana umat Islam ditindas dan dirampas tempat tinggal mereka di tempat sendiri. Bukan sebab nabi saja2 aje nak start perang. So kalau ikut akta undang2 pun, still boleh diterima.

Sifat Nabi Muhammad, tu walaupun adalah seorang nabi yang maksum dan ketua yang sangat berwibawa tapi sifatnya yang tidak bongkak dan ego. Nabi mendengar nasihat2 dari anak buahnya. Takde pulak sombong atau eksyen!

Nama perang badar tu didapati dari perigi nama ’Badar’ yang Nabi stop sekejap.

Tawanan perang tersebut dibebaskan dengan tebusan harta (atas cadangan sahabat baginda), then kuar ayat an-anfal – (tak ingat ayat ke berapa-lebih kurang maksudnyalaa..tengok balik deh!), yang menegur nabi bahawa nape amek harta sedangkan lebih baik mbunuh mereka., apalah harta tu bermakna?

Nabi tak nak bunuh sebab merasakan mungkin orang2 quraisy ni ada potential masuk islam (woha- nabi yang bersifat pemaaf!)

Sila rujuk yek : http://www.scribd. com/doc/935917/ Sirah-Nabawiyah- Mustafa-Sibaie

5. Kalimatul usrah dari naqibah:15-20 minit
Ky memberikan syarahan tentang puasa:

Puasa: menahan diri dari makann, minum, bersama dgnm suami isteri.

Syarat2 puasa:
1. suci dari hadas besar
2. berkuasa
3. menetap di kawasannya
4. islam
5. dewasa: baligh + berakal

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
al baqaroh: 183

Hikmah puasa- boleh bentuk ruhiyah kita.
1. menyucikan jiwa kita. Sebab patuhi perintah Allah. Dan melatih diri kita untuk taat. Dalam hati ada rasa takwa/ takut.. dalam jiwa kita ada berbagai2 perasaan buruk, mazmunah, riak, ujub... jadi makin jauh. Jadi kita perlukan puasa untuk mbersihkan.
2. Untuk mgangkat dari materialistik(tanah) yang cenderung untuk cintai dunia sedangkan rohani kita (ruh) ini perlukan unsur2 spiritual. Kalau material itu lebih dominant, darjah lebih teruk dari binatang sedangkan kalau ruh kita lebih dominant, lebih tinggi darjatnya dari malaikat. Orang2 puasa ini sentiasa bersama Allah sebab dia menahan puasa kerana Allah. Benar2 dalam kondisi dengan kerohanian nak meninggalkan dunia material tersebut.... so darjatnya adalah tinggi melambung!! Bila berbuka, itulah kgembiraan...kerana kemenangan! 
3. Mendidik kemahuan kita lebih berdisplin.. Lebih pada motivasi pada diri sendiri.. Tahan dari nak makan. Kena ada azam yang kuat. Kena ada iradah pada apa yang kita hajatkan.
4. mlatih kesabaran, meberontak kebiasaan. Memang puasa mbantu sifat kesabaran. Contohnya: asiah suka minum Radix tiap2 pagi, tapi bila puasa.. asiah pun tak minum..maka asiah dapat mbebaskan diri jadi hamba Radix.
5. Kita bukan ratu seksual. Nafsu seksual ni macam pengaruh yang kuat, tengok sahaja media massa sekarang, memang terbukti laa kuat bebenor. Rasulullah ada berhadis: kalau mampu, berkawen laa. Kalau tak, tunduk pandang. Kalau tak, berpuasalah... so puasa dapat mgawal
6. dapat mnajam sensitiviti kita pada nikmat Allah. Seperti kata pepatah ”:we dont know what we get until it’s gone!”. So sekarang ni baru takde, barulah terasa kehilangnya. Batu kerikil jadi emas (betulkan lagi). Kita kena
7. menjadi orang2 yang bertakwa. “ rujuk ayat albaqarah “ jadi kamu jadi orang bertakwa”. Ramadhan adalah sekolah takwa. Mgajar manusia btul… jadi kita semua kena ikut lah system pembelajaran dalam ramadhan. Sebab bile kita kuar, kita jadi orang2 yg suci. Pgampunan Allah dan keredhaan Allah adalah nikmat terbesar.

So, puasa ni dapatlah kita lalui dengan penuh keimanan dan ketakwaan. So chayo’!!

Nota kaki:
1. puasa ada 2 rukun : niat dan mnahan lapar dan dahaga dari sebelum terbitnya fajar sehingga tengelamnya matahari.
2. jenis2 puasa: puasa wajib ada 4 jenis ( puasa ramadhan, nazar, kafarah dan juga ganti)

No comments: