Thursday, September 18, 2008

Nota usrah online episode 3

Usrah #3
18th September 2008
10pm di bilik Nurul + azizi. Dan Holland pukul 4ptg.
Kedatangan: ky, nurul, anis, asiah, rosma, zizie, zakiah.


Tadabur Al-quran (surah Al-Imran 195-200 dan surah al-nisa’ 1-6)

[195]
Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya):
"Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari
kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah
keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana
menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan
juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu,
dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid
dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka,
dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah
jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)".


Nota: Janji Allah itu memang pasti walaupun balasan di dunia tak Nampak. Keindahan syurga yang best tu dan kena yakin bahawa amal2 kita tak sia2.

[196]
Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka).
[197]
(Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.
[198]
Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada disisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan).
Nota: kenapa kita masih degil untuk terus buat jahat dan tanak jugak buat baik sedangkan kita dah tau neraka dan syurga?

[199]
Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada
Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada)
apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan
tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit.
Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah Amat
segera hitungan hisabNya.
[200]
Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara
yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran
musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya
(mencapai kemenangan).


Nota: kita jangan kedekut bila buat kebajikkan. Ayuh kita banyakkan akaun akhirat kita okay!


[1]
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu
.

Nota: kita kena berbaik dengan semua orang. Lembutkan hati kita untuk memaafkan semua orang. Jangan gaduh2.


[2]
Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.
[3]
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
[4]
Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.
[5]
Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.
[6]
Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya; dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa. Dan sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya maka hendaklah ia menahan diri (dari memakannya); dan sesiapa yang miskin maka bolehlah ia memakannya dengan cara yang sepatutnya. Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan segala yang kamu lakukan).


Tazkirah dengan Puan Rosma.
Rujuk nota pertama. KY tambah tentang kalau jumpa orang tua, kita kena rasa byknye ibadah yang dorg dah buat. Kalau jumpa orang muda, kita kena rasa yang dorang ni masih suci lagi dari dosa… cara utk mbersihkan hati.

Nurul: kadang2 kita ni mudah terpedaya,cara2 utk bersihkan hati dengan usrah…

Perang Uhud – Cik Anis.
Selepas perang badar, dalam masa 7 hari… ada beberapa puak utk myerang madinah. Nabi di pinggir Madinah. 2bani ni nak meberontak. Nabi nak bertolenransi tapi semua pjanji ditolak.  Jadi orang kafir pun buat psiapan dalam masa setahun 3000orang baju besi. 200 naik kuda.  org islam hy dapat kumpul 700org sahaja dgn 100 bperisai..

So mmg bbeza nisbah mereka. Nabi dah tau, so start buat strategi utk bjaga dan buat mesyuarat. Diantara cadangan tu, dari org muda yg aggressive kata tak payah lah buat kat kota madinah kerana nak jaga. So, pmimpin2 atasan buat kat madinah. Nabi terima cadangan orang muda.

Strategi yang mantap smp org kafir nak tiru tapi biasalah orang jahat gagal lah… bile berperang dengan semangat jihad yang tinggi. Masa tu banyak pahlawan2 yang ada time tu hamzah, ali.. orang Islam mmg konfident nak menang,

Tapi masa ni kalah sebab focus pada harta perang . Nabi arah pada orang2 yang memanah di atas bukit supaya jangan tinggalkan tempat walaupun burung2 helang makan di bawahnya, tapi orang2 pemanah ni still turun sebab ingatkan dah menang, lalu tinggalkan tempat masing. Khalid al walid perasan, so amek kesempatan.

Mula2 menang, tapi disebabkan kedengilan, jadi KALAH!

Masa tu Nabi pun dapat luka maka timbul lah fitnah mgatakan nabi dah wafat. Jadi hay wire. Org Islam baru tersedar, orang quraisy pun tersedar lalu berundur sebab peraturan orang Islam jadi MANTAp!

70org islam tbunuh, sedangkan orang quraisy hanya 30 orang sahaja. Khilangan yang besar dalam pihak islam.

Pgajaran:
1. Kalah kerana lemahnya displin orang Islam.
2. jangan tengok dunia! (surah ali imran)

[152]
Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjiNya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izinNya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang). Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah kurniaNya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang beriman.
[153]
(Ingatlah) ketika kamu berundur lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasulullah (yang masih berjuang dengan gagahnya) memanggil kamu dari kumpulan yang tinggal di belakang kamu (untuk berjuang terus tetapi kamu tidak mematuhinya). Oleh sebab itu Allah membalas kamu (dengan peristiwa) yang mendukacitakan (kekalahan), dengan sebab perbuatan (kamu menderhaka) yang mendukacitakan (Rasulullah) itu, supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu, dan tidak (pula bersedih) akan apa yang menimpa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.

3. kena bersabar dalam dugaanNya.surah al imran 139-140

[139]
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
[140]
Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

4. perbezaan diantara orang kafir dan islam.. mulianya Nabi tu tak nak kutuk malah berdoa untuk umat-umatNya… memang nabi turun ni untuk mbawa rahmat!

Kalimatul usrah- kak yaqeen
Zikir- meh kita bersikir! Mmenuhi ruang langit dan bumi.

Iman itu kena ada tarbiyah yang konsisten. Iman kan ada naik turun. Kita kena serius untuk mninggikan keimanan kita. Dengan tadabur, faham tentang iman, berukhwah, hafazan, Diantara nikmat yang kita patut bersyurkur adalah nikmat berjemaah sebab untuk kita sendiri dan public.
Sebab dalam berjemaah ni, dapat kebaikan diri kita dan semua orang. Untuk sempurnakan iman ni, kita kena serampang dua mata. Contohnya untuk mghalalkan produk ni, kita perlukan organisasi.
Min: kita join orang yang myuruh utk mbuat kebaikan dan mlarang kjahatan
Max: participitant . Komuniti khairuh ummah- orang2 yang mgikut sunnah dan alquran

Dengan selawat ni sebenarnya itu da’wah dan motivasi untuk kita sendiri. Nabi ini sebenarnya orang yang buta huruf dan turunnya baginda untuk berda’wah kepada ummat. Bile kita selawat, get connected with Islam kerana dalam syahadah kita terkandung selawat itu. Bukti sumpah setia untuk mbela Rasulullah dan ikut sunnahNya.
Connect with our heart okay!

Urgency da’wah
Tak boleh nak paksa sebab tak ikhlas. So kita kena faham tentang rukun baiah,
kenapa kita harus berda’wah:
1. da’wah adalah waris Rasulullah s.a.w. Kalau ada orang kata beriman pada Nabi tapi tak berda’wah, BDOSA sebab jadi pghambat kepada da’wah kepada manusia2 lain. Nauzubillah min Zalik. Jangan jadi batu pghalang deh!
2. kena Jambatan kepada khilafah Islam kerana kita yakin bahawa ada kerajaan Islam selepas Dajal kuar.”apakah kita akan menang? Tengkorak2 kita boleh jadi jambatan kepada kemenangan!” dalam sebuah nasyid.
3. kerana Da’wah itu adalah ibadah. “tidak diciptakan manusia mlainkan beribadah.” Kita buat ibadah ni utk akhirat sendiri. Ada ulama’ mgatakan “pjuang yang kotor kerana beribadat dengan masyarakat itu lebih utama dari abid yang duduk kat iftikaf kat masjid sahaja.” Kena faham mana fardhu ain dan fardu kifayah.

Memahami da’wah:
- kena faham medan kita macam mana. Dunia ini diwariskan kepada hamba2 yang soleh! Orang soleh: para shuhada, duat, syakirin. Walaupun dimana pun kita berada, bangsa ape, hobi ape pun, keja kita pun, itulah lapangan kita adalah BERDA’WAH!! Simple thing can also lah! Not that teruk maa.
- Jadikan seluruh muka bumi ini adalah masjid (hadis),
jadi semua ni adalah ruang berda’wah dan beribadat.

No comments: